Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Sunday, 11 May 2008

Slamat Hari Ibu


Hari ni, Ahad May 11 2008 = 5 JamadilAwal 1429H... hari special untuk wanita yg bergelar "IBU".


I B U

Ibu, Bonda, Umi...Itulah IBU
Mengingatkan aku
IBU yang menanti kehadiran
IBU yang bersabung nyawa melahirkan
IBU yang menyusukan
IBU yang mengasuh, membelai & mendidik
IBU yang tak pernah mengalah dengan penat lelah
IBU
Aku teringat
Pukul, cubit rotan, marah..
Katakan segalanya
Bukan kerana benci
Tapi kemurnian dan ketulusan dirimu
Tak pernah jemu membentuk peribadiku
IBU
Aku teringat
Dikala aku sakit
Enkaulah yg bersengkang mata
Dikala aku sihat
Engkaulah yang paling berbahagia
Dikala aku runsing dan buntu
Engkaulah rujukanku
Dikala aku bahagia
Engkau turut menyinari kebahagian itu
IBU
Di telapak kakimu darjatku
Padamu aku berlutut
Memohon restumu
Untuk kejayaan dalam hidupku
Pengorbananmu tak ternilai
IBU
Aku kasih dan sayang padamu
Namun semua itu tak setanding kasih sayangmu
Terima Kasih tidak memadai
Hanya iringan do'a ikhlas dari sudut hati
Memohon rahmat dariNya untumu
Hanya engkau ratu hatiku
IBU

No comments:

Post a Comment