Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]
Showing posts with label Bila Izrail Dtg Memanggil. Show all posts
Showing posts with label Bila Izrail Dtg Memanggil. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

are we ready???

Ready for what?

Ungu said:

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Paklang Bidin (58 thn) menghembuskan nafas terakhir di hospital Taiping pada hari Ahad 25 Nov 2012 setelah gagal bertarung di wad ICU selama 4 hari. Ringkasan nota doktor mengatakan "multiple organ failure".

Ngah Kaq (75 thn) meninggal di hospital Sg Petani pada hari Isnin 26 Nov 2012. Aku tak ingat apa yg doktor tulis.

Yg pasti sudah tertulis ajal mereka pada hari tersebut. Pemergian mereka yg terdahulu adalah peringatan untuk kita yg masih menunggu giliran yg entah bila akan tiba. Setiap saat yg berlalu menjadikan kita lebih muda. Muda dari segi umur yg semakin hari semakin dekat dengan kematian.

Mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kpd mereka yg telah pergi.

Husin Bedol, sahabat di logistic dept menderita tumor otak & sedang dirawat di hospital Pantai, Bayan Baru, Penang. Pembedahan telah selamat dijalankan & menunjukkan perkembangan positif. Doktor meramalkan jika dia mampu bercakap semula, kemungkinan dia tidak dapat berjalan. Kalau dia dapat berjalan, kemugkinan dia tidak dapat bercakap dengan sempurna. namun itu hanyalah ramalan manusia yg bergelar doktor. Allah jua yg menentukan segalanya.
Mari bersama kita do'akan semoga sdra Husin cepat sembuh sebaik mungkin.

Esok lusa tiada jaminan untuk kita. Adakah kita bersedia?

Thursday, 7 June 2012

Al-Fatihah unt Wa Esah

Bertahun2 bertarung dgn diabetes sehingga kaki terpaksa dipotong.
Bertahun2 bergerak dgn sebelah kaki sehingga badan lemah & susut kecut.
Minggu lepas terjatuh di bilik air... tak ada luka tak ada calar tapi mungkin tercedera di dalaman.
2-3 hari selepas tu Wa Esah semakin tenat & anak2nya (Iwan & Kuyah) bawak ke hosp & kemudian dipindahkan ke hosp Taiping. Selang sehari, Wa Esah terus tak sedarkan diri a.k.a koma.
Hari selasa 5 Jun, kebetulan aku balik kampung unt selesaikan beberapa tugasan & mak aku ajak pegi ziarah Wa Esah. Kebetulan juga aku balik dgn MPV & ada ruang kosong untuk  Tokcik Za, Makngah Minah & Long Munah tumpang ikut skali.
Berdasarkan laporan harian yg misi tulis di katil pesakit, aku dapat tahu yg paru2 Wa Esah telah dijangkiti kuman & dia mengalami masalah pernafasan yg serius & terpaksa bergantung kpd bantuan oksigen. Agak lama rombongan kami berada di situ menemani keluarga Wa Esah. Tapi terpaksa berundur memandangkan waktu lawatan hampir tamat.
Wa Esah tak dapat bertahan lama & sebetulnya sudah sampai waktu dijemput pulang.
Wa Esah menghembuskan nafas terakhir di hosp Taiping pada pukul 9pagi semalam 6 Jun 2012.
Jenazah dimandikan & dikafankan di hosp & kemudian dibawa pulang ke kampung halaman Wa Esah (Kg masjid Kuak, Kuala Kangsar) untuk disemadikan.
Semoga sentiasa dicucuri rahmat, dipermudahkan perhitungan & ditempatkan bersama orang2 yg dikasihiNYA. Amin.

Sunday, 29 April 2012

Tok Cu Hj Junus dah pergi

Jumaat 27 Apr 2012: 02:04 am hp aku berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Berita sedih tentang Tok Cu Hj Junus meninggal dunia pada pukul 1:30am. Tok Cu Hj Junus ni adalah salah sorang orang kuat dlm kpg & menjadi sandaran org kpg tiap kali ada majlis tahlil atau kenduri do'a selamat. Berita pemergian Tok Cu sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan kerana Tok Cu pun sudah uzur dimamah usia & aku rasa seluruh keluarganya pun sudah bersedia menghadapi saat2 akhir ini. Kematian adalah sesuatu yg tak dpt dielakkan & seharusnyalah kita bersedia unt dijemput. Kesedihan hanyalah suatu perasaan yg dikongsi oleh ahli keluarga, sanak saudara & jiran tetangga & sebagai suatu peringatan kepada yg masih hidup.
Jenazah Tok Cu selamat dikebumikan pada hari yg sama selepas solat Jumaat.
Aku smpi skrg pun masih terbayang jelas sejarah sebelum ayah aku meninggal dunia. Dan setiap kali itu lah aku sebak lebih2 lagi bila terkenangkan hari2 bila dia mengajar aku membaca Al-Qur'an, rotan sebat bila aku melakukan kesalahan, belanja makan minum bila tolong dia buat kerja, ajar berdikari dan sebagainya.
Begitulah serba sikit perkara2 yg selalu dikenang bila seseorang "pergi tak kembali".
Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.
Al-Fatihah.

Tuesday, 29 November 2011

Al-Fatihah

Takziah kpd PakNgah Chop sekeluarga & Al-Fatihah unt Farid. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 mereka yg dikasihiNya. Amin

Farid adalah anak kpd sepupu mak aku. Mayatnya sudahpun ditemui pada hari ahad lepas & jenazah selamat dikebumikan mlm tu juga. Farid ni peramah & baik budaknya. Selalu melepak bersembang kat rumah mak aku slps blk keja.

Pemuda dikhuatiri lemas

KOTA BHARU 26 Nov. - Seorang pemuda hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa, dekat sini petang ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor berkata, mangsa Mohd. Farid. Mohd. Yusof, 20, dari Kampung Chabang Tiga Pengkalan Chepa dikatakan pergi mandi di kawasan pantai itu pukul 2.30 petang.Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya hanya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pukul 4.55 petang."Mangsa dipercayai telah dibawa arus deras dan ketika ini operasi mencari serta menyelamat melibatkan Unit Skuba, anggota bomba, polis dan orang kampung masih dijalankan di sekitar pantai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Saipu Bhari berkata, difahamkan mangsa kerap datang ke pantai tersebut dan telah dinasihatkan oleh orang kampung supaya tidak mandi kerana ombak kuat disebabkan musim tengkujuh.

Sumber berita: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Wednesday, 24 November 2010

Dalam kenangan... AL-FATIHAH


Ayahanda aku, Muhamad Yusop kembali ke rahmatullah pada 27 Zulkaedah 1431 = 4 Nov 2010

Ayahanda kpd ayahanda aku, Tuan Haji Sarif kembali ke rahmatullah pada 23 Zulhijjah 1429 = 21 Dis 2008

Bonda kpd ayahanda aku, Umi Kalsom kembali ke rahmatullah pada 20 JamadilAwwal 1429 = 26 Mei 2008

Monday, 8 November 2010

Khamis 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 04-11-2010 @ 2:10pm, aku dikejutkan dengan berita yg membuat aku gementar & hampir pitam. Abg aku yg no2 (Sani) call & bagi tau yg malaikat Izrail telahpun menjemput ayah kami pergi dari alam dunia menuju ke alam barzakh. AL-FATIHAH unt ayahanda... Aku akn sambung kemudian.

Tuesday, 23 December 2008

Al-Fatihah untuk atuk aku..19/01/1922 - 21/12/2008

Al-Fatihah unt Chai (atuk lelaki sblh ayah) aku..Pukul 12:20am 12/21/2008 aku dpt berita dr abg Sani, Chai dh kembali ke rahmatullah. Aku tak sempat nak tulis panjang. nanti aku tulis lain bila aku free.
*******************************************************
Sambungan...
21 Dec 2008 jam lebih kurang 8:30pm, ketika aku sedang beratur menunggu giliran untuk beli tiket masuk ke Pesta Pulau Pinang, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung. Suasana hiruk pikuk di tapak pesta beserta telinga aku yang sedikit tuli mengganggu pendengaran aku. Agak kurang jelas tapi aku masih dapat mendengar butir bicara...
Mak: Assalamu'alaykum.. Din.. mak ni. Din ada di mana la ni?
Aku: Wa'alaykumussalam.. Din ada kat Penang ni.. nak pi Pesta nak bli karpet.
Mak: Ni mak nak bagitau Chai (atuk lelaki) uzur. Makan & minum pun susah nak telan. Sekarang ni ada di rumah Pak Tih Man di Jenalek.
Aku: Ooo... Balik dari pesta malam ni Din balik la.
Mak: Tak pa lah naa.. nak bagitau yang tu saja.
Perbualan tamat di situ & aku terus bagitau bini aku yang Chai sakit & aku nak balik malam tu jugak. Bini aku tak banyak soal & dia setuju ikut aku balik.

Di tapak pesta:
Aku nampak banyak harga barang2 jualan dah turun. Almaklum lah masa pun semakin menghampiri tarih akhir pesta. Bini aku tak jemu meronda cari karpet yang boleh ditawar sampai harga paling rendah. Tak sia² mengatur langkah yang entah berapa kilometer berpusing dalam kawasan tu. Pencarian berhasil dengan sebidang karpet buluh dengan harga paling rendah di situ (RM55). Kalau ikut harga asal di kedai biasa mencecah RM90. Tersenyum puas bini aku bila dah dapat yang di cari... heheh. yang leceh sikit tu bila aku kena pikul karpet buluh tu nak keluar dari tapak pesta. Jenuh nakmenapak keluar ke tempat letak kereta. Dah la kereta pun parking di seberang jalan.. adooiiihhh.. sakit tapak kaki, sakit bahu dok pikul karpet buluh & lenguh lutut aku menghayun kaki. Tamat bab di pesta.. :p

Masa dalam perjalanan balik ke rumah aku, jam lebih kurang pukul 10:42 malam handphone aku berdering lagi. Waktu itu aku sedang memandu & berada di sepertiga hujung jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Jaya. Aku suruh bini aku jawab telefon.
Rupa²nya mak aku yang telefon sekali lagi memaklumkan Chai semakin tenat. Aku memecut kereta tak sabar untuk sampai ke rumah. Bini aku teringat yang abang sulung aku kerja malam & aku terus telefon abang aku.
Aku: Assalamu'alaykum.. Chai tengah nazak. Jom kita balik. Sat lagi aku ambik hang.
Abg Aku: Wa'alaykumussalam. Haa... ok..ok.
Aku: Aku on the way nak balik ke rumah aku nak ambik kain baju. Sat gi dalam pukul 12:30 aku sampai kat tempat hang.
Abg Aku: ok... aku tunggu hang kat luar.

Lebih kurang 12am aku keluar dari rumah aku menuju ke Pulau Pinang nak ambik abang aku. Sebaik sahaja melepasi jambatan Pulau Pinang, handphone aku berbunyi lagi. Kali ini dari abg aku yang no2, Sani.
Sani: Assalamu'alaykum. Din.. ni aku nak bagitau Chai dah "pergi" baru sat tadi. Hang pi ambik abg D sat.
Aku: InnalilLah... mm.. aku on the way ke tempat keja abg D ni. InsyaAllah dlm pukul 2:00 pagi kami Sampai. Dah bagi tau semua adik bradik kita?
Sani: Dah.. semua dah tau.
Aku: OK.
Perbualan dengan Sani berakhir di situ.

12:40am... abg aku dah tencongok tunggu kat tepi jalan. "Sori laa.. terlambat sikit.. Jom jalan.."
Lebih kurang 2am kami sampai kat kg... sembang lebih kurang sedar2 dah pukul 4 lebih... tido dulu lah.. pagi nanti baru pi Jenalik...
**************************************************************************************************************************
Sesampainya kami di Jenalik, orang sudah pun memenuhi perkarangan rumah. Bersalaman dgn beberapa org & terus masuk ke dalam rumah menzirahi jenazah & sedekahkan Al-Fatihah. Ruang bilik masih penuh dengan orang² sedang membaca Al-Qur'an. Ramai sanak saudara yagn sekian lama tak bertemu kini dapat bersua di hari yang serba suram dengan hasrat yang sama ingin mengiringi Haji Sarif buat kali terakhir. Aku & adik beradik aku sempat juga menjirus air ke tubuh Chai untuk kali terakhir & sama² mengafankannya. Lebih kurang pukul 11:30 pagi sekujur tubuh Chai dibawa dengan kenderaan jenazah ke masjid kuak untuk disembahyangkan & terus di bawa ke tanah perkuburan kampung kuak, berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Raban.

.................Tiba masa talkin dibaca.............

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah di antara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah,selama mana kita hidup didunia ini,kemudian kita dimatikan oleh Allah dan dimasukan kita kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan ulat,makanan-makanan ulat serta cacing-cacing yang tidak mengenal siapa kita, yang tidak teragak-agak untuk membaham dan memamah jasad kita sehingga berkecai dan hancur segala urat dan daging kita tanpa meninggal sebarang sisa,hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.

Disanalah.....disanalah segala amalan pekerjaan kita semasa kita hidup...semasa kita hidup di atas dunia ini akan dihisab samada baik atau pun buruk,semuanya akan dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau di beri ganjaran dengan adil dan juga saksama,demi sesungguhnya dengan nama Allah yang maha agung, dan ZAT yang tidak ada bandingan dengan nama rasulnya yang mulia dan atas agama islam yang maha suci, apa yang akan disebutkan disini adalah pekara-pekara yang benar belaka, yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita dan amatlah benar segala rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janjinya.

Wahai saudaraku Haji Sarif Bin Jaliah,
Semoga Allah kurniakan kasihan belas ke atas saudara. Ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini. Saudara telah masuk ke sempadan akhirat dan tinggal di sini sehingga hari kiamat. Wahai saudaraku. Janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup di dunia iaitu
kalimah أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.. Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah, maka janganlah saudara gentar dan takut kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka akan bertanya siapakah tuhan yang kamu sembah? Siapakah nabimu? Apakah iktikad dan kepercayaanmu?, dan atas agama apakah kamu hidup dan mati?. Katakanlah kepada mereka, Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah Allah tuhanku yang sebenar-benarnya. Bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhammad rasulullah nabiku ,Islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku, Sembahyang adalah kewajipanku, sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku, Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku, hidup dan matiku adalah atas kalimah لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.

Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini. Ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat. Tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara. Sekiranya ditanya kepada saudara mengenai Muhammad, maka katakanlah bahawa Muhammad itu adalah pesuruh dan utusan Allah yang telah menyampaikan kepada kami segala keterangan dan bukti-bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah, maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, jika sekiranya setelah selesai semua soalan yang diajukan, berserahlah diri saudara kepada Allah yang maha ESA yang memiliki arash yang maha besar.

Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar, memasuki liang kubur juga benar, soalan Munkar dan Nakir dalam kubur adalah benar, dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar, melalui titian sirat, balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi, maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,

Wahai saudaraku Haji Sarif Bin Jaliah,
Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara. Ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini, ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami. Ya Rabbal’alamin.

Wahai saudaraku Haji Sarif Bin Jaliah,
Ingatlah pesanan yang terakhir, bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, Islam satu-satunya agama kita dan Muhammad S.A.W. adalah nabi kita. Kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan. Amin Ya Rabbal’alamin. AL-FATIHAH.