Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday, 23 March 2016

Jom Kenali Takaful

TAKAFUL VS INSURANS

Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu lagi. Pada zaman Nabi, antara sistem Takaful yang diguna oleh baginda ialah :

  • al-Qasamah (urusan perniagaan) ataupun lebih difahami sebagai Takaful AM
  • al-Aqilah (urusan kebajikan) ataupun lebih dikenali sebagai Takaful Keluarga


PENGERTIAN TAKAFUL:
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL
  • Sistem Islam
  • Sumbangan At-Tabarru'at
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur maisir (Judi)
  • Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
  • Al-mudharabah (Perkonsian untung)
Sistem Islam
Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas.
Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat,semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

Bentuk pelaburan
  • Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  • Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  • Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  • Harta bangunan.
  • Pembiayaan perumahan.
  • Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).
Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b): 
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional
Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Pencerahan: Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
  • Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
  • Tidak diketahui kadar bayarannya
  • Tidak diketahui bila masanya
Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat .
Contoh: Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat


KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
  • Menegakkan sistem muamalah Islam
  • Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
  • Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
  • Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
  • Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
  • Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat
  • Sumber maklumat : Manual Perunding Takaful Keluarga
Sumber maklumat: Manual Perunding Takaful Keluarga


GET QUOTATION / DAPATKAN SEBUTHARGA ANDA HARI NI

SMS / WhatsApp ke 013-4314002 atau emailkan ke baharget@gmail.com

Nama:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Merokok?:
Penyakit sedia ada:
Bajet Caruman Bulanan:
Lokasi anda:
Email:
No Tel (handphone / pejabat/ rumah):

INTO TAKAFUL FAMILY

AKU kini adalah ejen bertauliah Great Eastern Takaful Berhad. Akan ku perjuangkan TAKAFUL hingga ke akhir hayat.
Kenapa?
Sebab TAKAFUL adalah salah satu jalan untuk aku membina jambatan untuk ke sana nanti
TAKAFUL adalah sebahagian daripada FARDHU KIFAYAH.
Mungkin ramai yang kurang menyedari betapa bertuahnya mereka yang menajdi ejen Takaful. Tak lupa jugak mereka yang memiliki polisi Takaful.
Kenapa?
Kerana pahala yang berterusan tanpa sedar.
Bagaimana?
Setiap caruman adalah berlandaskan syariah & berkonsepkan Tabarru'.
Maka secara automatik ada bahagian peserta yang disumbangkan kepada pihak yang menerima pampasan mahupun apa jua ganjaran.
Senang kan?

Wednesday, 24 June 2015

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamu'alaikum. Dah lama tak berkesempatan untuk meng"update" laman. Sempenan bulan yg penuh barakah ini aku dengan rendah hati memohon ampun maaf kepada sekelian manusia seandainya masih terdapat saki-baki hutang lapuk jasmani rohani yg belum sembuh mahupun yang dah jadi parut. Aku sebagai manusia biasa semestinya tak ketinggalan melakukan pelbagai kesalahan yg mungkin disengajakan, tersengaja dan tidak sengaja secara sedar, separa sedar mahupun tidak sedar a.k.a tak sedar diri.
Ampunkanlah aku agar amalan & do'a aku melepasi halangan untk di "approve"kan oleh Allah subha nahuwa ta'ala.
Aku juga telah me"releas"kan andaikata ada yg masih "on hold" dalam diri aku terdahap manusia lain.

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezqi & diberkati.
Sampei ketemu lagi yuk...
Wassalam.

Saturday, 14 March 2015

Bersama Suara Hati


Ku menyedari kini ketiadaan mu
Ku cuba mengerti mengapakah begitu
Tiada kesempatan ku mencari
Rintihan untuk menghalang kau pergi
Jauh dari ku

Bertukar lara aku seharian
Ingin berbicara biarpun sendirian
Tiada mesti ku mahu percaya
Akhirnya aku menderita

(Korus)
Di dalam pelukan malam berteman hanya suara hati
Kepiluan melanda diri menanyakannya ku tak mengerti
Kesedihan menyeksa lagi menantikan engkau kembali

Masih terasa manisnya rasa cinta
Semasa kita bersama

Selalu berpesan kepada angin lalu
Minta menyatakan aku tetap merindu
Tangisan di jiwaku tiada berirama
Namun hati bercerita
Ooohh

Sunday, 8 March 2015

Srikandi Cinta Ku

Srikandi Cinta Ku – Bloodshed

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Friday, 19 December 2014

failed to erase... failed to ignore... failed to forget...


can't stop thinking of KSS...
dulu, kini,
SELAMANYA.
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Adalah dahagaku
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Adalah cintamu kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi

Selamanya

Saturday, 25 October 2014

Projek Rumah Kecil

Kisah bermula apabila sahabat terbaca coretan sekumpulan Warka Kilang yang masuk ke pedalaman dalam misi mencari golongan dhaif yang memerlukan bantuan. Biasanya kumpulan Masuk Kampung ni menjalankan aktiviti amal jariah ni apabila hampir menjelang Ramadhan sehingga beberapa hari sebelum Aidil Fitri bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kali ni sebahagian Warga Kilang telah mengambil pendekatan terbaik dengan tidak menghadkan bulan2 tertentu untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Perlu ditegaskan di sini bahawa projek ini TIDAK berkaitan dengan mana2 parti politik tetapi hanya berteraskan jiwa kemanusiaan. Dari pemerhatian sahabat, kebanyakan bantuan yang dihulurkan menjurus kepada duit, makanan & pakaian. Namun apabila ternampak gambar "RUMAH" hamba Allah ni, terdetik di hati satu soalan:
Di mana dia nak lungguk segala barang sedangkan keadaan "RUMAH" yg hanya layak dipanggil dangau ini sangat sempit untuk 4 beranak?
Maka bermulalah perbincangan yang membuahkan idea untuk membina sebuah rumah untuknya. Anggaran kos secara kasar berjumlah RM2000 (macam tak percaya kan? handphone kita pun dah dekat RM2000)  membuatkan kami rasa agak ragu2 akan kesukaran untuk mendapatkan sumbangan memandangkan ini adalah projek pertama kami. Bak kata pepatah "belum cuba belum tahu"
Sabtu, 27 Sep 2014, beberapa orang sahabat telah pergi ke Selama Kedah utk melihat sendiri kondisi yang digambarkan. 
Lepas tgk keadaan rumah & sekeliling makan tetaplah di hati akan hajat untuk membantu membina sebuah rumah batu bersaiz anggaran 10X12 kaki untuk saudara Aswan bin said, dari kampung tanjung lengkong selama Perak. Sekarang beliau dgn keluarganya (anak perempuan 2 org berumur 7th dan 5th... comel kan?) hanya menghuni rumah yg diperbuat dari buluh, beratap bertam & berlantai batang pinang.

Amat daif melihatkan kediaman beliau. Kami rasakan beliau amat memerlukan sebuah rumah utk kediaman mereka. Beliau hanya bekerja mengambil upah mengait buah kelapa sawit dgn pendapatan yg tak menentu antara 20-40 ringgit sehari. Beliau juga mengidap penyakit buasir. Kesian melihatkan keadaan keluarga beliau dan sedih juga bila mengenangkan nasib yg di alami.

Menitis air mata aku bila teringat kembali kesusahan mak ayah aku yang saling tak tumpah dengan apa yg ada di depan mata aku.

Alhamdulilah sumbagan melepasi sasaran dengan jumlah wang tunai sebanyak RM3400 (rezeki dia lah tu). Sabtu 18 Okt 2014 seramai 22 orang telah menyertai misi gotong royong bagi mendirikan sebuah rumah seperti yang dirancangkan.








bahan yg dipesan tak beli.. hadoiiihh.. apa la abg Roy ni.


Sronok gak sekali sekala berkelah macam ni. Aku termasuk dalam kumpulan tukang masak.. hehe





Aku tak berniat nk mengaibkan sesiapa. Cuma tertanya-tanya
- mana JKKK
- mana ketua kampung
- mana penghulu
- mana YB
- mana menteri
Paling menariknya, rancangan kedatangan kami telahpun dimaklumkan kepada JKKK tapi ketua kampung tak jenguk pun. Apa nak jadi dengan perkampungan melayu macam ni. Dalam arus pembangunan yang pesat & segala kemodenan yang dikecapi, masih ada yang ketinggalan. Bukan terlepas pandang tapi tak dipandang langsung.
Haram jadah sungguh kumpulan JKKK yang tan menjalankan tanggungjawab.
Aku marah sebab aku pernah berada dalam situasi mcm ni dulu.

Menurut penjelasan dari tuan sdra Aswan, sudah banyak kali aduan & permohonan bantuan diajukan kepada ketua kampung tapi TIADA sebarang maklum balas. Ketua kampung tak pernah sampai pun ke rumahnya. Menangis Aswan mengenangkan nasibnya sekeluarga.
Harga barangan keperluan asas sprt beras, gula, minyak.. etc.. pendek kata semua barang termasuk barang kawalan di kedai runcit di kampung ni adalah lebih mahal berbanding harga sebenar di luar.
Aku tak pasti samada ada pemantauan dibuat atau tak dipedulikan di kawasan Tanjung Lengkong ni.
Semoga ada hikmah terbaik di sebalik kes2 macam ni.


Tuesday, 1 July 2014

2 Ramadhan 1435H / 30 Jun 2014

Aku tahu aku lambat update. Hari ni tulis perkara semalam so tarikh dalam tajuk ni lewat 1 hari dari tarikh posting. Aku masih di opis & aku kena taip cepat2 sbb nak balik buka posa kat rumah.

Cerita semalam:
- Bulan posa patutnya aku blh gunakan waktu rehat tengah hari unt berehat secukupnya. Tapi semalam kerja tak habis2 memaksa aku sambung keja smpi pkl 7:30pm gara2 monitor system yg baru released hari Jumaat lepas (technically & officially start yesterday 8am). Masih dalam stabilization mode & aku terpaksa stay back to resolve all issues as fast as possible & kena send report sblm aku kluar opis. Bukan aku sorang tapi berteman 2 IT dari India (Pravin & Sri) + 2 Local Chinese IT. Depa ni blk pkl 8 kot kalu tak silap. Tapi tak pa la depa ni bukan posa pon.

7:45 aku smpi kat rumah & tros basuh kaki tangan & muka & dok bersila ngadap juadah berbuka.
Alhamdulillah knyg walopon aku makan tak bnyk.

Smlm ngantuk awal & aku terlelap awal so tak pegi tarawih lagi... nampak sgt aku ni lemah huhuhu.. rugi besar..

Pagi tadi dgr loceng jam pkl 4am.. gerak wife aku. Aku igt dia dh bangun tapi sama2 terlelap smula. sedar2 dh dkt pkl 5am.. lagi skali kalu bgn msk sadin & prangat ikan smlm. Nasib baik ada lauk belen smlm & nasi pun dh masak siap.

Hari ni aku smpi opis awai & mcm smlm gak. sebok sesebok seboknyaaa.. tak smpt nak break. break pun time solat saja. Tapi hari ni ok sikit dari smlm sbb seter awai walopon ada bugs dlm program tu & aku terpaksa buat secara manual. Apa2 pun syukur aku smpt siapkan awai sikit berbanding smlm. Maka ada lah jugak ruang untuk aku mengetuk keyboard ni.
Sekian unt hari ni.

Selamat berbuka :)

Monday, 30 June 2014

1 Ramadhan 1435H / 29 Jun 2014

Assalamu'alaikum. Kpd muslimin muslimat aku ucapkan Selamat berpuasa & semoga ibadah kita pada tahun ni lebih kerkualiti & diberkati. Harapan aku agar salah silap sesama kita di hari2 lalu dapat dimaafkan & makan minum dihalalkan.

Lama benar aku tak mengetuk keyboard dalam page ni. Lama jugak aku tak bermain dengan kamera. Maka terlalu banyak jugalah peristiwa yang aku tak sempat rakam. Aku ni kepala saja besar, memori lemah & tak dapat nak ingat semua sejarah lalu. Rugi pulak rasanya lama tak cakar-cakar dalam laman ni.

Sebelum terlupa aku rasa ada eloknya aku taip peristiwa penting yg aku ingat:

1- Sabtu 28 Jun 2014: Setelah 17thn bekerja, hari ni tamatlah perhubungan dengan majikannya. Majoriti diberhentikan kerja & digantikan dengan pekerja kontrak. Buat masa skrg wife aku nak berehat sempena bulan puasa. Perancangan seterusnya adalah unt memulakan perniagaan nasi campur secara kecil-kecilan lepas raya nanti. Aku akan sokong apa saja bisnes yang dia nak cuba.

2- Pagi sabtu tu jugak aku pi workshop tukar lower arm keta aku yg sblh kanan. Smua skali RM365. Kalu barang ori kat service center mau rabak poket aku. Lower arm ori RM700 lebih. Kualiti barang lebih kurang sama tapi harga lebih sebab ada cap. Mahai sebab cap saja hampeh btol. Warranty tetap sama.
Apa2 pun AlhamdulilLah slps tukar mmg rasa selesa naik & tak ada dah bunyi2 yg menyakitkan telinga & stereng pun dah tak berbegar & alignment pun dah ok & dah tak senget.

3- Sambut Ramadhan: Sabtu 28 Jun, slps wife aku selesaikan segala urusan dengan majikan, pada sblh petang sempat jugak ronda di Bandar Sunway Sbrg Jaya. Slps puas ronda kami terus balik ke kampung. Sampai di rumah mak dh masuk waktu maghrib. Slps berehat, solat & makan malam terus ke masjid solat Isyak & Tarawih malam pertama. Malam tu slps tarawih aki bersembang panjang dengan mak & abang aku.
Sedar2 dah pukul 1 pagi... paraaahhh.. risau takut tak terjaga sahur nnt.
& memang pun.. sorang pun tak sedar loceng jam berbunyi. Nasib baik ada insan yang prihatin telepon adik aku & waktu tu dah dekat pukul 5pagi. Kelam kabut bangun masak nasi & lauk ala kadar. Alhamdulillah sempat jugak bersahur.

4. Ahad 1 Ramadhan: Sekolah di Kedah masih bercuti tapi aku kena hantaq anak sulung aku balik ke asrama di Serdang. Pagi Ahad tu aku & wife pergi ke Tesco Taiping. Punya la ramai manusia 
, nak cari tempat parking pun susah. Sampai ada pengunjung yang bertelagah berebut tempat parking.
Hajat aku nk beli sotong nak panggang, tapi sotong tak dak. Yang ada cuma ikan & udang. Beli udang sekilo lebih RM 21.80 kalu tak silap. Murah jugak la kalu nak bandingkan dengan harga di pasar basah atau pasar malam. Udang tu wife aku buat rendang. Pukul 4pm siap masak.
Aku kena hantar anak balik ke asrama sblm pkl 6ptg so kena bergerak kluar sblm 5ptg.
Alhamdulillah perjalanan lancar & sampai di asrama pukul 5:50pm.
Lepas bersalam & berpesan yg mana patut, aku bergerak balik ke Lunas & sampai di rumah aku lbh krg 6:30pm. Singgah di bazar Ramadhan beli kurma & air tebu. Lauk dah ada yg masak di rumah mak petang tadi (rendang udang & ikan masak tempoyak). Di rumah aku ada lagi udang dlm peti ais yg aku masak hari Sabtu lepas. Perangat jap & blh makan... Jadinya lauk berbuka di hari pertama adalah rendang udang + udang bersos & ikan masak tempoyak.
AlhamdulilLah kenyang. 
Lepas maghrib ujan lak turun lebat so tak pergi tarawih mlm ke2 :(.



Thursday, 10 April 2014

Blh mati berangan layan lagu2 ni

Lagu dulu2 best, sekarang dah tak ada lgu macam ni. lagu ni tiap2 hari dengar pun tak jemu.

Alleycats - Seribu Bintang
Ingin kupergi jauh darimu
agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Korus
Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

( ulang Korus )
Jangan permainkan cintaku 2x


Alleycats - Sampaikanlah salam cintaku
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

( korus )
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu


Alleycats - Gerimis Senja
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanya peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin

Tanyaku pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini


Alleycats - Sekiranya Kutahu
sekiranya ku tahu kau cinta pada ku
ku simpan kasihmu ke dalam hatiku
sekiranya ku tahu kau puja diri ku
takkan ku hampakan hasrat di hati mu

sekiranya ku tahu kau rindu padaku
kan ku sambut tangan mu ke taman bahagia
sekiranya ku tahu kau sanjung diriku
takkan ku lupakan budimu padaku

bertahun berpisah rinduku membara
ku sangka kau pergi mencari pengganti
sinaran matamu mendamba sukmaku
hanyalah wajahmu didalam mimpiku
sinaran rembulan menyinari malam
malam yang menunggu kehadiranmu

kini kau telah pulang membawa harapan
paduan asmara bersemi akhirnya....

Sunday, 30 March 2014

Nice couple from Holland

Photos: Mr. Young & his wife, Pienje, a lovely golden age couple from Holland we met @ Redang Island National Marine Park. Thank you for spending some times with us & snorkeling with my kids. My wife & kids are not very fluent in english but they really enjoy & having fun with you Pienje!.
Don't forget to send me an email share you plan to visit Malaysia in upcoming years.
Thank you friends ;)



T'Ganu-Klate: Mar21-24 2014

Bercuti di Pulau Perhentian 3D 2N + 1D 1N @ Klate. Kamera rosak. harapkan gambar dari hanphone je lah.