Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good..

Be Good - Do Good - Think Good - Feeeeel Good.. Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkan kamu mengerti?" -[6:32]

Wednesday 1 May 2013

Panassssss

Dah 2 bulan aku tak jengok "laman sniri" ni. Mcm2 perkara berlaku. Tapi buat masa ni aku hanya berminat MEMERHATI situasi yang semakin PANAS menunggu menjelangnya PRU13.
Setakat hari ni HASIL pemerhatian tak banyak berbeza jika dibandingkan dgn tahun 2008. Perkara sama tetap berlaku:
- BERGADUH sesama sendiri (seagama ke wahai orang MELAYU)? sanggup gunakan senjata untuk mencederakan pihak lawan.
- GANGSTERISM para penyokong tegar (nyawa di tempat keberapa selepas DUIT)
- PEMBAZIRAN - berapa banyak modal yg dilabur unt poster / gambar calon / bendera / lambang parti yg di pasang berderet (berselang tak sampai 5cm) di seluruh pelosok kampung, taman, pekan, bandar.. bahkan dlm hutan pun ditampal jugak. - KESELAMATAN diketepikan (tak menyalahi undang2 ke kalau pasang bendera hingga lampu isyarat pun terlindung? PENGUATKUASA buat apa? adakah ini DIBENARKAN semasa kempen mengundi besar-besaran? - LAGI SATU PEMBAZIRAN - makanan, minuman melimpah ruah di markas, khemah, pondok panas (namakan apa saja tempat perhimpunan, pasti ada makanan & minuman). Umpan undi dgn pemberian barangan dapur untuk setiap pengundi berdaftar, wajar ke? Apa jadi dengan warga emas yg tak dapat keluar rumah? (wajib tunjuk MYKAD & hadir sendiri. Wakil didak dibenarkan). - KUTUK MENGUTUK tak henti2. Tak sayang mulut ke? Tak takut ke kena potong lidah di akhirat nanti? - KHIDMAT BERMUSIM... haaa.. waktu mcm skrg ni laaa para "WAKIL RAKYAT" bekerja keras.   Aku heran kenapa ramai berlumba2 untuk jadi PEMIMPIN. - Adakah benar2 layak untuk bergelar KHALIFAH? - Adakah benar2 jujur, tulus & ikhlas?
Aku bukan pengundi ATAS PAGAR & aku berdo'a & sangat2  berharap supaya beroleh SEORANG PEMIMPIN yg benar2 PEMIMPIN & bukannya PELOBI untuk diri, keluarga & kroni.
Yang ADIL & SAKSAMA disanjung, yang SELEWENG WAJIB dihukum.

Pilih satu je... Selamat Mengundi & SELAMAT MAJU JAYA UNTUK NEGARA TERCINTA.

No comments:

Post a Comment